~ PROSPEKTING ~
Terdapat tiga jenis market
/ prospekting. Kenali mereka:
1. HOT MARKET
2. WARM MARKET 3. COOL MARKET
HOT MARKET
Terdiri daripada anggota keluarga serta kawan paling rapat. Anggarannya
dalam 10 - 20 orang sahaja.
WARM MARKET
Terdiri daripada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sekerja dan antara kenal
dan tak kenal. Bilangannya dalam lingkungan 50 - 200 orang sahaja.
COOL MARKET
Orang awam seluruhnya dan jumlahnya INFINITI!

- HOT MARKET: Ramai orang
gagal kerana memilih HOT MARKET sahaja, yang mana bilangan serta
potensinya adalah terhad. Ramai pula yang memilih WARM MARKET
dan gagal juga kerana golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya
memberi tamparan negatif seperti: "kau buatlah dulu, dah
kaya boleh aku pinjam duit..." atau "jangan nak temberang la,
kau pun takde apa-apa lagi..."
- WARM MARKET: Amat sesuai
untuk kita panggil, tetapi timbul banyak masalah kalau tak kena cara.
Antaranya ialah prospek tak datang atau beri alasan serta rejection
yang amat dahsyat. Rejection pertama yang saya terima ialah
"asyik keluar duit je, bila nak kaya?"
- COOL MARKET: Jika anda
memilih golongan ini maka anda adalah seorang yang bijak dan akan berjaya,
kerana ada banyak potensi untuk bertemu prospek dari golongan usahawan, lawyer,
doktor, salesman dan sebagainya. Dan paling penting, mereka
menghormati anda kerana belum kenal atau rapat sepenuhnya. Flyer
dan SMS power adalah cara yang terbaik untuk menarik golongan ini.
Kemudian, ajar downline anda gunakan cara ini supaya tidak
kehausan prospek.

Cara nak "handle" WARM MARKET
adalah menggunakan 3rd party (pihak ketiga) iaitu kita. Biar uplineupline kita buat table talk dan closing bagi
pihak kita. Ini kerana, kawan-kawan kita lebih respect orang luar
berbanding kita
2. Cara untuk mencari COOL MARKET mudah sahaja. Sebarkan flyers
di merata tempat. Contohnya peti surat, kereta, bawah pintu dan sebagainya.
Cara lain adalah dengan menggunakan SMS power. Nombor
telefon boleh didapati dari majalah, akhbar, keratan iklan di bus stop,
banner dan
sebagainya.
~ TEKNIK / STRATEGI / KEMAHIRAN PERLU ADA ~
1. SMS power
Contoh 1: Ramai orang menghadapi masalah kewangan tetapi tidak tahu
mengatasinya. Hubungi saya sekiranya anda mahu mengatasinya.
Contoh 2: Pernahkah anda rasa income anda setahun menjadi income
anda sebulan atau income sebulan menjadi income sehari? Nak
tahu hubungi @ sms 017-XXX XXX
Contoh 3: New idea in making money, simple plan making money with
no risk! Never try never know. Interested?? SMS @ call
me 019-XXX XXXX

- Cara sms adalah 3 kali
berturut-turut (3 hari). Hal ini kerana, pada kali pertama, sms anda
akan dipadamkan. Sms kali kedua prospek akan mula perasa 4 angka
terakhir nombor telefon anda dan sms kali ketiga barulah dia akan bertanya
kepada anda
2. Cara menjawab sms atau email
Contoh 1
Tahniah
kerana anda orang ke 10 menghubungi saya. Sila nyatakan nama, umur,
tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya terangkan sesuatu yang menarik
untuk anda. Terima kasih.
Contoh 2
Tahniah
kerana berkata "YES" kepada peluang yang saya beri. SMS /
e-mail kan nama anda dan saya akan hubungi anda untuk tetapkan tarikh temujaji
secara live dengan saya.
Contoh 3
Terima
kasih kerana sabar menunggu. Saya bersama pelanggan saya sekarang.
Sila nyatakan nama, umur, tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya
terangkan rahsia bagaimana saya dapat RM20,000.00 dalam masa 7 bulan.
Penerangan saya adalah percuma.
Contoh 4
Tahniah!
Anda pemanggil yang ke 15 pada hari ini. Sila sms nama, tempat
tinggal dan saya akan hubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji 30 minit
secara live dengan saya. Saya akan hubungi anda selepas selesai
perbincangan dengan pelanggan saya.
Contoh 5
Maaf dan
terima kasih kerana sabar menanti. Adakah anda "free" sekarang?
Saya ingin menghubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji kita.
· Dapatkan temujanji dengan prospek dan bukannya menerangkan dengan panjang lebar pasal bisnes kita dalam telefon.
3. Flyers
Berikut
disediakan contoh-contoh flyers. Sila klik pada gambar pilihan flyers anda
untuk download.

. Handling Phone Call
Contoh 1
Prospek: Hello! Boleh saya
bercakap dengan Encik Iskandar?
Anda: Ye, Iskandar bercakap.
Prospek: Ini nak tahu pasal flyer
yang you bagi ni. Bisnes apa ni?
Anda: Boleh saya tahu siapa yang
bercakap di sana? Nama saya Iskandar dari Putrajaya.
Prospek: Saya Rafie dari KL. Ni
apa cerita ni? Bisnes apa ni?
Anda: Sebenarnya saya memang nak
terangkan kepada Encik Rafie pasal bisnes ni tapi sekarang saya sedang bersama
dengan client saya. Sebentar lagi saya hubungi encik boleh?
Prospek: Ok. Saya tunggu.
Tindakan anda
- Hantar SMS meminta butiran peribadi dan tempat di mana nak jumpa
Contoh 2
Prospek: Hello! Boleh cakap dengan Encik Iskandar?
Anda: Ye.. Iskandar bercakap.
Prospek: Boleh saya tahu pasal flyer yang you bagi ni?
Bisnes apa ni?
Anda: Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana? Nama saya
Iskandar dari Putrajaya. Di mana you dapat flyer tu?
Prospek: Saya Ahmad dari KL. Saya dapat dekat TESCO Puchong.
Anda: Macam ni encik, bisnes ni memang mudah. Saya dah dapat
mengubah hidup saya melalui bisnes ni dan dah berhenti kerja pun. Memang
senang dan hebat.
Prospek: Yelah, tapi bisnes apa? Direct selling ke?
Pelaburan ke?
Anda: Oh tidak.. tidak Encik Ahmad. Saya akan
terangkan pasal bisnes ni kepada encik tetapi bukan melalui telefon.
Banyak dokumen yang saya ingin tunjukkan kepada encik. Apa yang
didengar dan dilihat takut tak sama. Apa kata kita jumpa dalam setengah
jam dan saya akan terangkan kepada encik? Saya akan bagi vcd lagi pada
encik. Senang je...
Prospek: Ok. Nak jumpa dekat mana? Puchong, malam esok
boleh?
Anda: Ok cantek... Dekat je tu dengan tempat saya.
Kita jumpa dekat IOI Mall jam 8.30. Saya call encik bila
saya dah sampai.
Prospek: OK.
Tindakan anda
- Tulis temujanji tersebut dalam diari
- Kalau masih belum tahu buat table talk, ajak upline anda menemani anda. Dari situ anda boleh belajar cara buat table talk
- Sekiranya prospek anda berada dekat dengan ibu pejabat UPTREND, bawa mereka ke ibu pejabat
5. Table Talk
Ada 7
elemen penting dalam table talk:
a.
Pengenalan
b.
Tunjukkan statement income (milik anda atau upline anda)
c.
Buka minda
d. Marketing
plan
e. 'HOW'
f.
EMOSI
g. CLOSING
Penerangan
lanjut:
a. Pengenalan
- Perkenalkan diri anda, nama syarikat
- Perkenalkan UPTREND. Terangkan mengenai e-dagang, e-networking, sistem binari, sistem piramid dan sistem hybrid secara ringkas
b. Tunjukkan statement income
anda atau upline anda
- Sekiranya anda guna statement income upline, guna ayat ini bagi mengelak prospek tanya "mana awak punya?". Cakap begini: "Ni statement income yang pertama ditunjuk pada saya. Khairol ni 8 bulan lebih awal dari saya. Waktu dia start dulu, dia tunjuk statement income Cikgu Amir punya. Pasal Khairol baru mula. Sekarang income Khairol dah sama macam Cikgu Amir. Dan sekarang saya pulak yang guna statement income Khairol untuk tunjuk kat encik, sebab saya pun baru mula. InsyaAllah lagi 6 bulan income saya pulak macam Khairol. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat income macam dia orang"
c. Buka minda
- Ceritakan kenapa buat e-dagang atau e-networking
- Terangkan perbezaan di antara e-dagang atau e-networking dengan direct selling
- Jelaskan apa yang mereka dapat setelah join - income tiap-tiap hari
- Manusia terkaya di dunia - Bill Gates dari industri komputer dan e-dagang
- Ramai jutawan bawah umur 40 tahun adalah dari bidang e-dagang
- Larry Page 26 tahun - 3 Billion USD dari laman web googles
- Jeff Bezos (amazon.com - website jual / beli barangan terpakai) jadi billionaire dalam masa 3 tahun sahaja
- Irfan Khairi anak Malaysia, menjadi jutawan pasa usia 25 tahun juga dari bidang e-dagang
- Bill Gates (Microsoft) mencapai status billionaire dalam masa 12 tahun, manakala Henry Ford (Ford) mengambil masa selama 23 tahun untuk mencapai tahap billionaire
d. Marketing Plan
- Terangkan marketing plan UPTREND - sistem hybrid
- Perkenalkan 4 pelan dalam UPTREND. Bronze, Silver, Gold dan Platinum
- Beri perbezaan pendapatan di
antara ke empat-empat pelan
e. 'HOW'
- Dalam industri e-dagang dan
e-networking ini, ramai yang gagal dalam bab ini. Ramai orang hanya
menceritakan tentang WHY (kenapa), tapi tidak menjelaskan mengenai HOW
(bagaimana)
- Apa yang perlu anda tunjukkan
ialah cara mendapatkan prospek melalui:
- SMS POWER
- FLYERS / PAMPHLET
- TELEFON
- E-MAIL
- WEBSITE
- dan banyak lagi
f. EMOSI
- Gunakan ayat-ayat menyentuh hati seperti:
- "Berapa anda bagi mak anda wang setiap bulan?" atau
- "Bolehkah anda hantar ibu bapa menunaikan haji dalam masa 3 - 6 bulan dari sekarang? Yelah, sementara salah seorang dari mereka masih ada" atau
- "Apa akan jadi pada isteri dan anak jika anda mati dalam kemalangan?" atau
- "Apa akan jadi seandainya anda lumpuh?"
g. CLOSING (BAHAGIAN PALING PENTING)
- Seandainya closing anda gagal, maka seluruh presentation anda SIA-SIA
- Apa yang perlu anda buat ialah hulur borang dan tanya, "Di sini ada borang, Encik boleh isi nama, alamat, nombor telefon. Nak beli tujuh kedai ke platinum?" kemudian minta prospek buat keputusan masa itu juga!
- Ramai orang memberi peluang prospek mereka balik untuk fikir dulu. Ini adalah kesalahan besar dan punca kegagalan sebenar.
- Tahap 'panas' seseorang itu cuma 48 jam sahaja
- Sekiranya prospek kata "fikir dulu", anda perlu kata "encik buat satu keputusan 'yes or no' kerana saya anggap ini pertemuan pertama dan terakhir kita. Isi borang ni lepas ni kita cerita bila dan pakej mana nak bayar"
- Sekiranya prospek tak tulis atau belum memilih pakej, anda boleh hentam dengan ayat ini, "encik tak join takpe, takde masalah bagi saya. Tapi beza antara saya dengan encik ialah saya buat duit hari-hari. Tapi encik lagi 1 tahun macam ni juga, lagi 3 tahun pun macam ni juga. Esok jangan "complaint" rumah sempit, kereta buruk, hutang sana, hutang sini pasal semua tu encik sendiri yang pilih. Allah tak menzalimi hambanya, Dia dah bagi jalan tapi encik pulak pilih jalan yang lain"
- Create urgency - jangan paksa prospek anda masuk tapi buat dia terpaksa masuk
6. WEBSITE
- Paling mudah
- Website akan bercakap bagi pihak
anda
- Tiada kepakaran membina website
anda sendiri? Ingin membangunkan website seperti saya? Jangan risau! Saya
ada jawapannya! Sila klik banner di bawah bagi mendapatkan pakej lengkap
membina website perniagaan online anda!
Tanya
prospek anda:
S: You ada tak kawan 40 orang kawan-kawan?
J: ...mmm... Ada...
S: Dari 40 orang tu ada tak 20 orang yang bekerja?
J: ... semua bekerja...
S: Dari 20 orang tu ada tak 10 orang yang ada simpanan RM500 dalam
bank?
J: ...mmm... rasanya ada tu...
S: Oklah. Confirm tak paling kurang 2 orang yang ada
simpanan RM500 tu?
J: Ada!
S: So, syarat-syarat untuk you berjaya dah ada. Cuma you
je yang belum pasti. Sekarang you isi borang ini, then kumpul
kawan-kawan you. Saya akan buat 'table talk' kat dia orang
bagi pihak you. But you must join first.
ATAU
S: Tuan, ni ada projek buat duit tiap-tiap
hari (tunjukkan statement income). Tapi tuan, modalnya
RM20,000 tuan. Ni pulangan dahsyat ni.
J: ...mmm... modal boleh cari rasanya. Tapi you
kena ajar i la
S: Boleh. Takde masalah. Ok, kalau saya kata modal
cuma RM2000 sahaja bagaimana?
J: Boleh sangatlah. Bayar sekarang boleh?
APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN SELEPAS MENJADI AHLI UPTREND?
~
LANGKAH 1
1. Tentukan matlamat hidup anda. Tuliskan "goal
setting" atau matlamat hidup anda di dalam borang "Projek 100K".
Matlamat hidup ditulis dengan jelas. Kenapa anda nak buat UPTREND?
2. Senaraikan tanggungan dan hutang piutang - sewa rumah, hutang kereta,
PTPTN, belanja anak sekolah.
3. Target pendapatan sebulan - bulan pertama berapa, bulan kedua
sehinggalah mencapai RM100K sepulan pada bulan yang anda target.
Jangan fikir macam mana nak dapat. Tulis sahaja.
4. Tuliskan impian anda kalau anda dapat wang tersebut. Tulis
dengan jelas dan terperinci. Contohnya, beli BMW 3 siri, warna hitam, sport
rim 18 - TUNAI.
TINDAKAN ANDA
1. Muhasabah diri
dengan melihat matlamat hidup anda. Tanya diri mengapa anda menyertai
UPTREND?
2. Tampal di bilik tidur atau tempat-tempat yang mudah anda lihat di
rumah. Baca matlamat diri setiap hari.
3. "Goal setting" adalah doa anda yang tertulis dan sentiasa
mendoakan anda. Allah melihat doa anda setiap masa.
LANGKAH 2
1. Senaraikan 40 nama prospek anda di dalam borang
"Projek 20K sebulan".
2. Telefon, sms atau e-mail prospek mengikut skrip yang dipelajari.
TINDAKAN ANDA
1. Ajak upline anda buat table talk.
2. Tugas anda sebagai penghubung antara upline dan prospek anda.
3. Pada masa yang sama, belajar dari upline cara buat table
talk.
LANGKAH 3
1. Promosi - flyers, poster, SMS dan sebagainya.
2. Edarkan di tempat-tempat awam dan sebagainya. Buat dalam kumpulan
adalah lebih baik.
TINDAKAN ANDA
1.
Sekiranya prospek telefon, jawab atau sms mengikut skrip yang dipelajari.
Buat temujanji, itu yang
penting sekali.
2.
Bersedia dari segi penampilan diri dan bawa bahan-bahan bantuan dan fail.
3.
Buat table talk atau ajak pergi menghadiri EOM. Buat closing
selepas EOM.
4.
Isi borang dan tanya berapa kedai nak beli.
5.
Beri salinan marketing plan dan borang "Projek 20K
sebulan" kepada prospek.
KALAU LAPAR?... MAKAN
KALAU HAUS?...MINUM
KALAU TAK TAHU?...TANYA LAH!!
~ SEKARANG APA PERKARA PERTAMA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?
~
- Senaraikan prospek anda
- SMS power kepada semua prospek anda (rujuk
sms power)
- Set appointment dengan prospek (WARM MARKET) bersama upline
anda tiga hari berturut-turut (table talk) di rumah anda /
mana-mana restoran
- Belajar seberapa pantas handling phone calls,
prospekting, table talk, marketing plan, closing,
key-in, to pup C P (tak tau tanya upline, buat coaching
2 jam)
- Hadir EOM dan training tak kira di mana, tak
kira ada prospek atau tak, mesti datang!
- Beli semua tool dan material seperti vcd training,
majalah media usahawan dan lain-lain
- Fotostat flyers paling kurang 2000 (lagi
banyak lagi bagus)
- Fotostat kertas marketing plan paling kurang
30 set
http://uptrend.com.my/uptrend.aspx?name=office